Setiap saat, setiap detik,

anda tentukannya!

Bermula sekarang! KKBOX membawakan pengalaman terunggul konsert siaran langsung dengan pandangan multi-sudut, panaroma 360° dan VR

Apakah video multi-sudut? Bagaimana untuk lihatnya?

Seketika anda ingin zum ke penyanyi, seketika lagi anda ingin zum ke pemain gitar. Mungkin ingin lihat ritual pra-konsert juga? KKBOX membawakan shot siaran konsert terpilih dengan beberapa kamera untuk memberikan anda kebebasan memilih sudut pandangan yang anda suka.

Apakah video panorama 360°? Bagaimana untuk lihatnya?

Mod panorama 360° membolehkan anda menerokai sudut video dengan menggerakkan tetikus jika anda menggunakan PC, gerakkan jari di skrin sesentuh di peranti atau hanya menggerakkan peramti anda ke sudut tertentu. Untuk mencipta pengalaman muzik yang terbaik, KKBOX membawakan fungsi di konsert terpilih*. Pandangan panorama 360° membawa anda seolah berada di konsert tersebut dengan pandangan sudut luas supaya anda tidak terlepas sebarang momen terbaik.

Bagaimana saya inign tahu Konsert LIVE KKBOX yang mana boleh ditonton dengan pandangan panorama 360° dan multi-sudut?

Anda boleh tahi dengan tanda di senarai Dengar Bersama.

Multi Sudut

Video ini boleh ditonton dengan multi-sudut

360°

Video ini boleh ditonton dengan pandangan panorama 360° dan multi-sudut.

KKBOX LIVE akan beritahu sama ada akan menawarkan pandangan panorama 360° dan multi-sudut bergantung kepada keadaan pentas dan pelan program.

FAQ
Q1. Saya menggunakan telefon pintar atau tablet dan telah memilih konsert yang telah dikenalpasti. Kenapa saya tidak dapat melihat butang untuk pilihan sudut?

A. Sila pastikan apl anda telah dikemas kini kepada versi terkini. Butang untuk pilihan sudut akan terpapar selepas anda kemas kini. Tetapi, disebabkan limitasi teknikal, hanya peranti yang mempunyai spesifikasi tertera dibawah (atau lebih tinggi) akan membolehkan anda alami video pandangan panorama 360° :
*Telefon pintar : iOS 8.0 dan ke atas, Android 4.4 dan ke atas dan Windows 10/
*Tablet : iOS 8.0 dan ke atas atau Android 4.4
Sila pastikan apl anda telah dikemas kini ke versi terkini, dan log keluar serta lag masuk semula kemudian.

Q2. Saya menggunakan desktop atau komputer riba untuk menonton siaran LIVE dan telah memilih konsert yang telah dikenalpasti. Kenapa saya tidak dapat mononton konsert pandangan panorama 360°?

A. Disebabkan limitasi teknikal, hanya peranti yang mempunyai spesifikasi tertera dibawah (atau lebih tinggi):
* Sistem Windows : Perisian KKBOX 7.0.0.0 dan ke atas, atau Windows 10 APP
* Sistem bukan Mac yang lain : sila gunakan versi terbaru Google Chrome, Firefox atau IE Edge.
* Perisian KKBOX versi Mac menggunakan pelayar cipta-dalam Safari dan ini tidak menyokong video pandangan panorama 360°. Kami memohon maaf disebabkan hal ini. Jika anda menggunakan komputer dengan sistem Mac, gunakan pelayar yang tersenarai di atas.
Sila pastikan apl anda telah dikemas kini ke versi terkini, dan log keluar serta lag masuk semula kemudian.

Q3. Adakan setiap sudut adalah sama untuk setiap Konsert LIVE?

A. Setiap konsert yang terpilih mempunyai mod persembahan yang berbeza dan sudut adalah berbeza juga. Sila rujuk kepada pengumuman untuk setiap konsert. Kecuali pandangan panorama 360°, setiap konsert mempunyai hingga 3 sudut berbeza untuk tatapan anda.

Q4. Saya menonton siaran langsung konsert dengan pandangan panorama 360° atau multi-sudut, tetapi kenapa fungsi tersebut tiada apabila dimainkan semula?

A. Kebenaran hak untuk menyiarkan adalah berbeza mengikut konsert. Kami tidak boleh memastikan setiap konsert yang dimainkan semula mempunyai kandungan yang sama. Kami menasihatkan anda untuk menikmati konsert tersebut secara langsung.

"Anda sudah bersedia untuk pengalaman Realiti Maya?
KKBOX LIVE kini sudah tersedia!"

Apa itu video VR (Realiti Maya)? Bagaimana untuk tontonnya?

Dengan telefon bimbit dan alat dengar, anda akan alami pengalaman di set di mana sahaja. Bersedia untuk berseronok. KKBOX membawakan anda realiti maya di konsert terpilih, jadi anda boleh seolah 'berada' di konsert tersebut.

Bagaimana untuk ketahui Konsert LIVE KKBOX yang manakah boleh ditonton dengan VR?

Anda boleh tahi dengan tanda di senarai Dengar Bersama.

360°

VR tersedia. Selepas memilih konsert tersebut, anda boleh klik untuk tukar ke mod VR.

"*KKBOX LIVE akan beritahu sama ada akan menawarkan siaran VR bergantung kepada keadaan pentas dan pelan program.
*Perkakasan spesifik diperlukan untuk menonton konsert dengan VR mod.
Sila ikuti langkah tertentu untuk operasi tersebut."

FAQ
Q1. Saya menggunakan telefon pintar atau tablet dan telah memilih konsert yang telah dikenalpasti. Kenapa saya tidak dapat melihat butang untuk VR?

A. Disebabkan limitasi teknikal, hanya peranti yang mempunyai spesifikasi tertera dibawah (atau lebih tinggi) akan membolehkan anda alami video pandangan panorama 360° :
*Telefon pintar : iOS 8.0 dan ke atas, Android 4.4 dan ke atas dan Windows 10/
*Tablet : Maaf, tablet tidak menyokong fungsi ini.
Sila pastikan apl anda telah dikemas kini ke versi terkini, dan log keluar serta lag masuk semula kemudian.

Q2. Saya menggunakan desktop atau komputer riba untuk menonton siaran LIVE dan telah memilih konsert yang telah dikenalpasti. Kenapa saya tidak dapat mononton konsert pandangan panorama 360°?

A. Disebabkan limitasi teknikal, kandungan VR hanya boleh ditonton dengan telefon bimbit iOS atau Android sahaja. Sila muat turun apl KKBOX untuk pengalaman terbaik.

Q3. Bagaimana saya ingin tahu saya telah tukar ke mod VR?

A. Anda akan lihat skrin anda terbahagi kepada 2 bahagian yang menegak. 2 bahagian tersebut adalah untuk mata kiri dan kanan anda. Apabila anda meletakkan headset VR anda, visual 3 dimensi akan tercipta dan anda akan merasa seperti di loaksi tersebut.

Q4. Adakah headset VR diperlukan untuk menonton kandungan VR?

A. Ya, terdapat beberapa model untuk telefon pintar tersedia di pasaran. Anda boleh pilih mana-mana model yang anda suka dan ikuti manual yang tersedia untuk mulakan tontonan.

Q5. Saya menonton siaran langsung konsert dengan mod VR, tetapi kenapa fungsi tersebut tiada apabila dimainkan semula?

A. Kebenaran hak untuk menyiarkan adalah berbeza mengikut konsert. Kami tidak boleh memastikan setiap konsert yang dimainkan semula mempunyai kandungan yang sama. Kami menasihatkan anda untuk menikmati konsert tersebut secara langsung.

Q6: Bagaimana saya ingin tahu lebih?

Q: Sila lawati Khidmat Pelanggan kami